
Selamat datang ke taman tema Hezbullah. Anda boleh mengenal mengapa mereka berani melawan zionis sambil membandingkan diri (atau membandingkan wahabi) mengapa kecut menentang zionis.
Hezbullahland siap dengan pemandu pelancong. Jadi anda boleh melihat bagaimana kubu Zionis boleh dirabak senang-senang oleh tentera Hezbullah. Terdapat benteng Zionis yang dipenuhi helmet, but, serta bom yang telah dimatikan. Ini termasuklah kereta kebal Merkava-4 milik Israel yang konon canggih itu menjadi leper macam roti pau Tanjung Malim (lihat foto paling atas).

Di sini terdapat memorial Mughniyah dan jemputlah menghadiahkan al-Fatihah untuk assyahid di sini.

Terdapat juga alat-alat beribadah milik as-syahid Abbas Moussawi, yang dibunuh Israel secara pengecut menerusi serangan udara.
Di Mleeta, anda juga boleh belajar dan bermain perang-perang. Di tangan mereka - Hezbullah - Israel pernah dimalukan. Dan di tangan Nasrallah, pembantu Allah ini akan mengajar kebongkakan Zionis.
Terima kasih tentera syiah kerana berjaya memalukan Zionis. Tabik kepada Hezbullah. Kami sunni, nak bersatu pun payah.




No comments:
Post a Comment