Burung umumnya tidak dianggap binatang cerdas, sehingga seseorang  merendahkan oranglain  menyebutnya dengan "Otak Burung". Tetapi suatu hari, saya (Sahar  El-Nadi) membaca sebuah ayat dari Quran yang melibatkan burung , yang  membuat saya berhenti dan berfikir tentang makna dari sebuah ayat.  Berikut adalah petikan ayat tersebut:
"Maka hawa nafsu Qabil  menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu  dibunuhnyalah, maka jadilah ia orang-orang yang merugi. Kemudian Allah  menyuruhseekor gagak menggali-gali bumi untuk memperlihatkan kepadanya  (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya. Berkata  Qabil:'Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti gagak  ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?' Kerana itu jadilah  dia seorang diantara orang-orang yang menyesal." (Al Maidah : 30-31)
Ini memberi saya petunjuk agar  melihat lebih dekat dan mempelajarinya lebih dalam. Jadi saya menganggap  perkara ini berkaitan dengan burung gagak kerana ayat ini jelas  menunjuk burung ini sebagai mentor bagi manusia, dan jelas menunjukkan  bahawa manusia seperti "direndahkan" oleh penyelesaian yang ditunjukkan  oleh gagak untuk beberapa masalah kritikal mereka.
Akibatnya, saya bertanya-tanya:  Binatang apakah yang paling cerdas setelah manusia? Seperti banyak  orang, saya teringat pada ikan lumba-lumba untuk kehormatan itu, tapi  setelah pencarian online yang sangat menyenangkan, saya dapati satu  kejutan besar.
Pengkajian  terbaru menunjukkan calon tidak terduga dari kategori binatang  tercerdas adalahGagak. Yang ternyata binatang inilah yang  merupakan binatang super cerdas!
Majalah American Scientific menerbitkan hasil penyelidikan para ilmuwan, Bernd Heinrich danThomas Bugnyar  - Vermont University, Kanada dan St Andrews University, Scotland - yang  menunjukkan kemampuan mental yang luar biasa dari gagak. 
"Burung ini menggunakan logik untuk memecahkan masalah dan beberapa kemampuannya malah melampaui dari kera besar," kata mereka.
Dalam  pergujian ini, gagak diberi tugas yang sangat kompleks yang gagak belum  pernah lakukan sebelumnya dan naluri gagak tidak diprogram untuk  melakukannya secara semulajadi, namun gagak selalu berjaya mencari  kreativiti dan penyelesaian logik untuk menyelesaikan tugas-tugas  tersebut.  
Yang lebih mengejutkan lagi, gagak melakukannya dengan benar sekali sahaja, setiap kali, tanpa proses trial and error apapun!
Beberapa  pergujian menunjukkan bahawa burung gagak yang licik boleh menjadikan  binatang lain bekerja untuk gagak, menjadikan binatang lain mencarikan  makanan untuk gagak atau minimanya mempermudah gagak.
Bukti  lain kecerdasan yang tinggi dari gagak adalah bahawa gagak boleh  beradaptasi dengan kawasan yang sangat berbeza, dari padang pasir ke  pergunungan. Gagak belajar untuk mencari makanan malah dalam keadaan  paling sukar, dan gagak tahu bagaimana dan bila harus menggunakan  binatang lain untuk membantu gagak mendapatkan makanan yang gagak tidak  boleh mendapatkannya sendiri.
Ketika  para penyelidik melihat gagak lulus dari ujian yang sukar, para  penyelidik bertanya-tanya apa tujuan semua kecerdasan ini berfungsi,  kerana burung lain menjalani hidup dengan baik walaupun dengan  kepintaran jauh lebih sedikit? 
Mungkinkah gagak memiliki tujuan yang lebih tinggi di alam daripada kehidupan burung yang sederhana?Sahar El-Nadi



No comments:
Post a Comment