
 Pernah terbaca kisah mengenai bangsa Pompeii? Ini secara ringkas sejarah Kota Pompeii:
 - Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (M) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu satu kelompok masyarakat ditengah Itali.
 - Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, disebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampui batas kemanusiaan.
 - Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung dipintu pusat pelacuran berkenaan.
 - Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan Mithra yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan ditempat terbuka.
 
 Ibarat balasan ke atas kaum Luth yang mengadakan hubungan sejenis (Gay  dan Lesbian), Pompeii yang merupakan sebuah kota pelacuran dan seks  sejenis juga lenyap dari peta dunia. Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi,  keadaan di Pompeii (kini satu kawasan Itali) kelihatan sibuk sama  seperti kota purba yang lain, penduduknya bergerak ke sana sini, berjual  beli dalam bangunan atau gedung agam serta bersosial antara satu sama  lain.
  Tiba-tiba lenyap satu kejadian misteri melanda kota sehingga menyebabkan  bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud dalam peta  dunia. Kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota  terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah.Tiada siapa  yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.
  Masa berlalu sehinggalah tahun 1594, sekumpulan pekerja diarahkan  menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan  air kepada sebuah kampung berdekatan.Kerja mengorek tanah dijalankan  dengan giat tetapi aktiviti tersebut terpaksa dihentikan selepas mereka  menemui benda aneh tertanam didalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk  artifak itu dikeluarkan dan penemuannya terus tersebar luas menyebabkan  semakin banyak kerja cari gali dilakukan dikawasan itu.
  Pada tahun 1631,gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga  memusnahkan apa sahaja yang berada berhampirannya termasuk kawasan  penemuan artifak berkenaan. 76 tahun kemudian, kerja mengorek kembali  dipelopori oleh Putera dElboeuf selepas beliau mendengar kewujudan  artifak berharga dan harta karun yang tertanam dikawasan berkenaan.  Tinggalan artifak yang pernah terkubur dibawah tanah ditemui dan misteri  kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.
 Selain artifak berupa barangan tembikar dan purba, turut dijumpai adalah  puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan yang  mengerunkan.Penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang  seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.
  Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan secara tidak  langsung turut menyimpan wajah sebenar kota Pompeii apabila turut  ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks  termasuk seks diluar tabii bertukar menjadi batu. Jelas kelihatan raut  muka penduduk yang menunjukkan expresi terkejut dan ketakutan teramat  seolah-olah bencana yang datang itu secara tiba-tiba.









No comments:
Post a Comment