KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

29 April 2011

10 MANUSIA TERPINTAR


Berikut adalah senarai manusia yang mempunya tahap kecerdasan IQ terlampau dan mempunyai kebolehan yang luar biasa. Mereka² ini adalah ibarat satu dalam sejuta.


1. Kim Ung-Yong: Manusia Ber-IQ Tertinggi di Dunia

Lahir pada tahun 1962 (bermakna sekarang umur beliau sudah mencecah 45), Kim Ung-Yong yang berasal dari Korea telah dinobatkan sebagai manusia paling genius di seluruh dunia. Bayangkan pada umur 4 tahun, beliau sudah pandai membaca dalam bahasa Jepun, Korea, Jerman dan Inggeris. Pada umur 5 tahun pula beliau mampu menyelesaikan masalah kalkulus. Beliau mencatatkan dirinya pada Guinness Book of World Records dengan 'Highest IQ – 210'.


2. Gregory Smith: Menerima Penghargaan Nobel Pada Usia 12

Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith mencatatkan namanya pada nobel perdamaian, berkat usahanya dalam mendirikan International Youth Advocates; Perkumpulan Orang Muda Seluruh Dunia.


3. Akrit Jaswal :Doktor Bedah Pada Usia 7 Tahun

Gelaran 'anak terpandai di dunia' telah melekat pada Akrit Jaswal, seorang anak dari India. Hal ini mengejutkan publik apabila ketika usia Akrit Jaswal 7 tahun, beliau melakukan pembedahan pada seorang gadis tempatan. Gadis itu menderita luka terbakar di tangannya hingga tangannya tidak dapat dibuka dan Jaswal pun melakukan pembedahan hingga jemari gadis itu boleh terbuka dan bergerak seperti sedia kala. Sehingga saat ini, beliau tercatat sebagai doktor paling muda di dunia. Beliau diterima melanjutkan pelajaran di Universiti pada usia 11 tahun.


4. Cleopatra Stratan: Penyanyi Berusia 3 Tahun dengan Bayaran 1000€ Per Lagu

Lahir Pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. Dia telah pencatat sejarah dalam industri musik sebagai seorang penyanyi termuda dunia. Dengan albumnya tahun 2006 La vârsta de trei ani (pada usia 3). Dia mencatat record seorang artis cilik yang tampil di atas pentas dengan ribuan peminatnya. Dia juga menerima penghargaan MTV Award dalam Artis termuda yang mencatat #1 Hit.


5. Aelita Andre: Pelukis Di Usia 2 Tahun

Anak kelahiran Australia ini baru berusia dua tahun tetapi sudah mampu menunjukkan bakatnya sebagai budak genius. Dia telah memiliki sebuah gedung pameran untuk karya-karya abstraknya.

Pada mulanya Mark Jamieson, direktor dari Brunswick Street Gallery di Melbourne's Fitzroy, tertarik melihat sebuah lukisan Aelita Andre dan dia ingin bekerjasama dengan Aelita Andre dalam kumpulannya kerana bakat lukisannya itu. Ketika undangan telah dibuat, baru dia menyedari bahawa Aelita adalah seorang bayi yang masih berumur 22 bulan. Namun dia tetap meneruskan pamerannya itu.


6. Saul Aaron Kripke: Pensyarah Harvard Termuda

Menjadi pensyarah ketika masih di sekolah tinggi, lahir di New York dan membesar di Omaha pada tahun 1940. Genius yang satu ini telah menguasai al-jabbar ketika di grad keempat dan ketika akhir sekolah rendah dia sudah menguasai ilmu geometri, kalkulus dan falsafah. Ketika di sekolah tinggi, beliau menerima surat dari Harvard melamarnya sebagai pensyarah, namun ibunya menyuruhnya untuk menamatkan persekolahnya dahulu.

Kripke dihadiahi Schock Prize, Nobel Filosofi dan
sekarang, beliau diangkat menjadi ahli falsafah terbesar dalam sejarah perguruan tinggi Keaulus Michael Kevin pada usia 10


7. Michael Kevin Keaulus: Bergelar Siswa Pada Usia 10 Tahun

Kaerny, lahir pada tahun 1984, dia telah menamatkan kuliahnya di usia 10 tahun dan tercatat sebagai sarjana termuda. Dia kemudiannya menjadi pensyarah di Universiti pada usia 17 tahun. Namanya semakin dikenali apabila dia memenangi sebuah kuiz online. Pada 2006, dia berjaya memasuki pusingan final di sign Burnett/aol dalam perebutan Gold Rush, permainan menguji/teka-teki, dan menjadi pemenang pertama 1 juta dalam permainan realiti online.


8. Fabiano Luigi Caruana: Grandmaster Pada Usia 14 Tahun

Seorang anak berwarga negara America dan Itali ini sungguh genius. Pada tahun 2007 dia memperoleh ‘Grandmaster’nya; 11 bulan, 20 hari. Sejarah telah mencatat namanya dalam Grandmaster Termuda dDan baru-baru ini pada bulan April 2009, dia memperoleh Elo rating 2649; dalam usianya yang di bawah 18 tahun, membuatnya sebagai pemeroleh
ranking terbanyak, dan yang menakjubkan, hal itu dilakukannya sebelum usianya genap 18 tahun.


9. Willie Mosconi: Pemain Billiard Professional Pada Usia 6 Tahun

Mendapat jolokan 'Tuan Pocket Billiards', beliau berasal dari Philadelphia, Pennsylvania. Ayahnya seorang pemilik tempat Billiard namun ayahnya tidak mengizinkannya untuk bermain. Beliau sering berangan bermain billiard dengan penyapu milik ibunya. Ayahnya menyedari bakat anaknya apabila melihat anaknya sering mengalahkan orang-orang yang lebih tua darinya.

Pada tahun antara 1941 dan 1957, dia memenangkan BCA World Championship selama 15 kali berturu-turut tanpa pernah kalah sekalipun. Dia membuat pelbagai jenis trik, mencipta banyak rekod dan membuatkan billiard menjadi olahraga yang terkenal.


10. Elaina Smith: Penyiar Usia 7 Tahun

Dalam usianya baru mencecah 7 tahun, Elaina telah menjadi penyiar radio dengan pendengar yang melebihi umurnya. Elaina banyak memberikan penyelesaian tentang masalah percintaan para pendengarnya seperti bagaimana caranya hendak memiliki pasangan, bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmonis. She's really crazy, isn't it?

No comments: