Diceritakan,  ketika Nabi Ayub AS sedang mandi tiba-tiba Allah SWT mendatangkan  seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis  lengan bajunya agar belalang jatuh. 
Lantas Allah SWT berfirman: “Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?”
Nabi Ayub AS menjawab: “Ya benar, wahai Sang Pencipta! Demi keagungan-Mu apalah makna kekayaan tanpa keberkahan-Mu.”
Kisah  di atas menegaskan betapa pentingnya keberkatan atau keberkahan dalam  rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kekayaan tidak akan membawa erti  tanpa ada keberkahan. Dengan adanya keberkahan, harta dan rezeki yang  sedikit akan bolehterasakan mencukupi. Sebaliknya, tanpa keberkahan  rezeki yang meskipun banyak akan terasakan sempit dan menyusahkan.
Agar  rezeki yang Allah SWT berikan kepada kita menjadi berkah, Rasulullah  SAW menganjurkan kepada umatnya untuk memperbanyak sedekah. Sabda  Rasulullah SAW:
“Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah.”
Dalam hadis lain, Rasulullah SAW menjelaskan:
“Setiap  awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada  manusia di bumi. Yang satu menyeru, ‘Ya Tuhanku, karuniakanlah ganti  kepada orang yang membelanjakan hartanya kerena Allah’. Yang satu lagi  menyeru, ‘Musnahkanlah orang yang menahan hartanya’.”
Sedekah  walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah SWT. Orang yang  kedekut dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi di  dunia dan akhirat kerana tidak ada keberkahan. Jadi, sejatinya orang  yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab, menginfakkan  (belanjakan) harta akan memperoleh berkah, dan sebaliknya menahannya  adalah celaka. 





No comments:
Post a Comment