Anda anti MLM?. Sekarang semakin ramai orang melayu yang telah sedar. Terima kasih juga diucapkan kepada  blogger http://aididmuaddib.blogspot.com/ kerana berani menyatakan pendapat beliau yang bernas.
Malaysiasensasi juga merupakan salah seorang yang anti dengan bisnes  MLM. Kerana dalam bisnes tersebut terdapat banyak sangat perkara yang  tak betul, contohnya si penjual sistem SMS blaster. Boleh pulak sistem  yang semurah RM10 tu dijual beratus-ratus ringgit dan orang yang join tu  pulak bukan nak sistem SMS tu sebenarnya, tetapi nak pelan pemasaran  MLM tersebut. Ini dah tak betul.
Kebanyakan  orang MLM tak mengaku MLM dan menafikan mereka terlibat dalam sistem  piramid. Kononnya mereka bukan MLM tapi networking. Begini, cuba ambil  contoh gambar di bawah. Bukankah ia akan membentuk piramid juga?
Malaysiasensasi sangat kesian melihat orang melayu yang siang malam table talk, spam  email orang, dan habiskan masa berjam-jam di internet untuk mencari  downline. Sedangkan mereka sendiri tidak tahu dan mungkin tidak sedar  yang hasil dari pekerjaan yang merka lalukan itu tidak berkat, dan duit  tersebut diberi makan pada anak-anak. Kesian budak-budak tu tak tahu  apa-apa.
Bagi  malaysiasensasi, MLM itu adalah skim cepat kaya yang hanya merosakkan  bangsa. Bayangkan jika rakyat malaysia ada 28juta dan anda adalah rakyat  yang terakhir. Semua rakyat Malaysia lain sudah masuk MLM 'penipu'  contohnya, jadi siapa lagi nak jadi downline anda?....
Untuk mendapat info lebih lanjut mengenai MLM anda boleh layari blog
http://aididmuaddib.blogspot.com/
http://aididmuaddib.blogspot.com/
ps: ini adalah pendapat peribadi sahaja. Bukan semua MLM bersifat haram, ada juga yang betul..tetapi bilangannya terlalu sedikit




No comments:
Post a Comment