Kira-kira  700 duit syiling perak, batu cermin dan barang kemas penduduk Mayan  pada era tahun 1500-an ditemui di dasar laut di luar pantai Republik  Dominica.
Ia  ditemui oleh satu pasukan dari kumpulan pencari harta karun, Deep Blue  Marine selepas mereka melakukan tinjauan 67.59 kilometer dari pantai  dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.
Semasa membuat tinjauan itu, seorang nelayan tempatan menjual kepada mereka satu syiling lama yang ditemuinya semasa menyelam.
Anggota-anggota pasukan pencari harta karun itu mendapati ia merupakan antara duit syiling yang paling lama pernah ditemui.
"Kami  bercakap kepada lelaki itu jika dia menunjukkan lokasi duit syiling  tersebut ditemui, anda boleh bekerja dengan saya," kata Naib Presiden  Deep Blue Marin, Randy Champion.
Kebanyakan  duit syiling itu tidak mempunyai tarikh menyebabkan anggota-anggota  kumpulan tersebut membuat rujukan dengan mencari maklumat menerusi  sejumlah buku untuk mengetahui tahun duit berkenaan.
Menurut  Champion, pasukan itu menyelam pada musim luruh yang lalu dan akan  pergi ke lokasi tersebut dalam tempoh dua minggu lagi. Bangkai kapal itu  kini dipenuhi pasir dan terumbu karang.




No comments:
Post a Comment