Pada  suatu malam Imam Ahmad pergi ke masjid untuk bermalam di masjid tetapi  penjaga masjid tidak mengizinkannya. Dia pun kata “Aku akan tidur tepat  di tempat pijakan tapak kakiku”.
Seorang  pembuat roti datang dan kasihan melihatnya dan menawarkan Imam Ahmad  bermalam di rumahnya. Pembuat roti itu menjamunya. Ketika pembuat roti  itu menguli roti, dia sentiasa beristighfar membuatkan Imam Ahmad merasa  kagum. Esok subuh, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti “Adakah  engkau dapat hasil dengan istighfarmu itu?” (dia memang tahu kelebihan  istighfar, sekadar bertanya faedah buat lelaki itu). Pembuat roti kata  setakat ini semua yang didoanya tercapai kecuali satu iaitu niat untuk  berjumpa Imam Ahmad.
Imam Ahmad kata “Akulah Imam Ahmad. Demi Allah aku benar-benar ditarik ke sini untukmu.” 




No comments:
Post a Comment