KALAU LAWATI TOLONG SIGN GUEST BOOK YE

08 August 2011

ASAL USUL NAMA MALAYSIA







Bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949
Sejarah asal usul nama Malaysia agak kabur jika dibandingkan dengan asal usul nama negara-negara jiran kita. Contohnya, 'Singapura' diberi nama oleh Sang Nila Utama yang bermaksud Pulau Singa (pura=pulau), 'Indonesia' oleh James Richardson Logan yang bermaksud Kepulauan India (Indo=India, Nesos=pulau), dan 'Brunei' sempena nama Sang Aji Berunei, Raja Brunei yang pertama.


Beberapa fakta yang dapat dikumpulkan berkenaan asal usul nama Malaysia :


1)Malaysia asalnya merupakan gabungan 2 perkataan Inggeris iaitu Malay = bangsa asal / bahasa bagi penduduk yang mendidiami kawasan ini, dan Shire = perkampungan. Jadi, Malay Shire / Malaysia bermaksud kawasan perkampungan Melayu.
2)Menurut Dr. Thriunavukkarasu, perkataan Malaysia berasal daripada perkataan Tamil yang bermaksud "Mountains of Asia".
3)Malaysia wujud daripada nama "Malesia", yang merujuk kepada kawasan bio-geografi dari semenanjung Tanah Melayu hingga ke Papua New Guinea.

Untuk pengetahuan semua, penggunaan nama Malaysia bukanlah baru. Merujuk Utusan Malaysia bertarikh 29 Julai 2009, nama Malaysia mula-mula telah direkodkan dalam akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) bertarikh 1 Januari 1889 dalam laporan bertajuk "Geographical Notes in Malaysia and Asia" oleh J.E. Tenison-Woods, mengenai catatan perjalanannya ke semenanjung Tanah Melayu, Labuan, Brunei, Sandakan dan Sulu (Rujuk lampiran). Di Chicago, Amerika Syarikat, peta yang dikeluarkan pada tahun 1914 telah merujuk kawasan kepulauan nusantara ini sebagai "Malaysia" (Rujuk lampiran di bawah..).


TV3 pula pernah menyiarkan satu artikel daripada akhbar The British North Borneo Herald (BNBH) tetapi bertarikh 1 Julai 1929 mengenai bunga-bungaan di Negeri Sabah yang dirujuk nama kawasan tu sebagai "Malaysia". Sementara sebuah buku keluaran Mc Millan, New York, yang dikarang oleh Rupert Emerson, dan diterbitkan pada tahun 1937 berkenaan dengan semenanjung Tanah Melayu diberi judul "Malaysia : Direct and Indirect Rule".


Sebagaimana Indonesia yang pernah dicadangkan namanya sebagai Malayunesia, terdapat juga beberapa nama yang dicadangkan untuk negara kita. Antaranya, "Langkasuka", iaitu bersempena nama sebuah kerajaan purba di kawasan utara tanah air kita.. Negara Filipina juga pernah bercadang untuk menukar nama negara mereka kepada Malaysia, tetapi dibatalkan selepas penubuhan Malaysia yang merangkumi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak diisytiharkan pada tahun 1963.


Lain-lain fakta menarik :


1)Malaysia sepatutnya diisytiharkan pada 31 Ogos 1963. Tetapi disebabkan bantahan daripada negara jiran (Indonesia dan Filipina), ia terpaksa ditunda kepada 16 September 1963. Atas pertimbangan bahawa tarikh 31 Ogos 1957 merupakan tarikh asas kepada penubuhan negara persekutuan kita dan tarikh 16 September merupakan tarikh tundaan yang ditetapkan disebabkan tekanan yang timbul daripada negara luar, jadi Hari Kebangsaan masih lagi ditetapkan & disambut pada 31 Ogos setiap tahun, iaitu sebagaimana Amerika Syarikat menyambut hari kebangsaan mereka pada 4 Julai setiap tahun, walaupun tarikh kemerdekaan adalah berbeza-beza bagi negeri-negeri dalam Amerika Syarikat.

2)Menurut maklumat tidak rasmi, selain Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak, pihak British juga menawarkan kawasan selatan Thai iaitu Patani, Jala (Yala), Menara (Narathiwat), Singgora (Songkhla) dan Setul (Satun) untuk sama-sama bergabung dan merdeka dalam Malaysia sebagaimana permintaan pemimpin dan pejuang Melayu di kawasan tersebut. Tetapi telah ditolak oleh PM Tunku Abdul Rahman ketika itu untuk tidak menambah bantahan sebuah lagi negara jiran terhadap cadangan penubuhan Malaysia iaitu Thailand.

3)Ini pula merupakan antara bendera-bendera yang termasuk dalam senarai akhir untuk dipilih menjadi bendera Malaya dalam tahun 1949 dahulu (lihat gambar
bendera di atas).

No comments: