1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?
2.  Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di  seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara  warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad  yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?
3.  Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel  harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk  membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?
4.  Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan  dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya  barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan  merupakan sebahagian daripada Israel?
5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?
5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?
6.  Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari  penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?
7.  Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada  Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa  jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara  di benua-benua Afrika?
8.  Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan  sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16,  Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan  utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta  Israel untuk menjamin kewujudannya.
9.  Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang  pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan?  Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan  penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10.  Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah  yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan  menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian  nuklearnya?
11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?
12.  Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka  mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua  tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?
13.  Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat  Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan  antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara  Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak  melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa  tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan  oleh Negara Islam?
14.  Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak  mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh  Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam  mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?
15.  Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik  pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga  Negara itu?
16.  Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana  Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan  Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih  dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?
17.  Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel  menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk  duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah  setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan  tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari  pemerintah Israel?
18.  Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat  di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata:  “pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih  dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?
19.  Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media  Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika  dan Eropah?
20.  Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk  menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi  radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi  dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?
21.  Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion  sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari  Israel?
22.  Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga  pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi  tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan  fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di  sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua  kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya,  menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas  mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi  untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi  setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan  ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana  mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk “… …
23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?
24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?
25.  Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan  keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet  (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin  dalam proses pemeriksaannya?
26.  Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar  mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin,  tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang  penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata  penduduknya.
27.  Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin  oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10  Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali  tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan  ditandatangani oleh perikatan OSLO?
28.  Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan  Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang  tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab  terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat?  Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk  menjaga diri mereka?
29.  Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak  terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan  warga awam Palestin?
30.  Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah  tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah  ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan  dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak  rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden  paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka  sedang berada dalam khemah pelariannya?
31.  Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk  menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang  lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan  sendirinya?
32.  Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan  bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika  Selatan sebelum beliau memerintah?
Israel sememangnye jahat dan teruk




No comments:
Post a Comment